Khamis, 16 Oktober 2008

Kaedah Talaqqi Musyafahah

Kaedah Talaqqi Musyafahah

Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara
bersemuka di mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan
bibir guru dan mengikut bacaan guru. Kaedah ini merupakan kaedah
mempelajari bacaan Al Quran yang tertua. Ia dipraktik oleh Malaikat Jibrail a.s
kepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu penurunan wahyu yang pertama.
Malaikat Jibrail a.s membacakan ayat ayat Al Quran kepada Rasulullah s.a.w
dan baginda mengikut bacaan tersebut, lalu terus menghafaznya. Kemudian,
Rasulullah s.a.w membacakan pula ayat ayat tersebut kepada para sahabat
baginda. Para sahabat menulis lalu menghafaznya.

Kaedah ini boleh anda aplikasikan di dalam kelas dengan cara anda memberi
contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan
guru secara beramai ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang
murid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu. Untuk




menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan
bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain. Carta
ayat ayat Al Quran pula boleh ditulis sama ada di papan gulung, kad manila
dan sebagainya. Antara kekuatan kaedah ini adalah :

(i) Kaedah ini amat berkesan jika anda ingin mengenalpasti secara amali tahap
kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum hukum tajwid dalam
bacaan Al Quran yang meliputi makhraj makhraj huruf, sifat sifat huruf
dan lain lain hukum tajwid; dan
(ii) Pembelajaran boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas.

Tiada ulasan: