Khamis, 16 Oktober 2008

Kaedah Tasmi’

Kaedah Tasmi’

Walaupun kaedah tasmi’ lebih sesuai digunakan dalam kemahiran hafazan,
namun anda boleh praktikkan kaedah ini dalam kemahiran bacaan Al Quran
untuk menguji bacaan murid yang telah mahir dalam penguasaan membaca Al
Quran. Dalam kaedah ini, murid akan diminta membaca surah surah yang
ditetapkan di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan
memperbetulkan. Selepas itu, murid boleh ditanya tentang hukum hukum
bacaan atau tajwid dan maksud tanda tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.
Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara sama ada guru mendengar dan meneliti
bacaan murid, murid membaca secara kumpulan atau individu secara bergilir
gilir atau murid membaca dengan suara yang nyaring. Antara kekuatan kaedah
ini adalah seperti berikut:

(i) Guru dapat memperbetulkan bacaan murid dengan tepat;
(ii) Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan;
(iii) Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan sebenar murid;
(iv) Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid; dan
(v) Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik.

Tiada ulasan: