Khamis, 16 Oktober 2008

Kaedah Tikrar (Ulangan)

Kaedah Tikrar (Ulangan)

Kaedah tikrar atau ulangan ini bolehlah kita samakan dengan kaedah latih tubi.
Pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat secara
berulangkali. Caranya adalah :

(i) Selepas guru membaca, murid akan mengikut bacaan guru;
(ii) Kemudian, seorang murid membaca dan diikuti oleh murid murid lain lalu
murid murid membaca secara kelas; dan
(iii) Seterusnya, murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan,
sementara kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca,
sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut.

Bagi menjadikan kaedah ini mendatangkan kesan yang lebih baik, ia hendaklah
dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Berhubung kaedah tikrar ini,
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan hadis yang bermaksud :

‘Rasulullah s.a.w suka mengulang ulang suatu perkara kepada para sahabat
sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.’

Persoalan berapa kerapkah proses ulangan ini perlu dilakukan supaya ia
berkesan tetapi tidak membosankan dan membuang masa, Saidatina Aisyah r.a
meriwayatkan sebuah lagi hadis yang bermaksud :

‘Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu satu
ayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w
diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk
memahaminya.’

Maksud hadis di atas menyatakan bahawa kesesuaian kaedah ulangan ini adalah
dilakukan sebanyak tiga kali berturut turut pada masa yang sama dan jangan
lupa memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit selang di antaranya. Untuk
menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan




bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain untuk
didengar oleh murid. Kemudian, apabila murid mengikut bacaan tersebut,
rakam suara murid di dalam kaset. Perdengarkan kembali rakaman tersebut
kepada murid agar mereka dapat mengesan kesilapan kesilapan bacaan mereka
sebelum anda membetulkan kesilapan tersebut.

Antara kekuatan kaedah ini adalah :

(i) Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid;
(ii) Kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan; dan
(iii) Kaedah ini dapat membina keyakinan murid.

1 ulasan:

UstazK berkata...

kalimah yang tepat ialah: takrar.